|
SELAMAT DATANG diucapkan kepada semua pengunjung SMKE7 Smart Team Online. Bersyukur kehadrat Allah swt, melalui usaha pembelajaran kendiri tanpa berguru, secara kaedah cuba jaya, saya telah dapat membina laman blog yang tidak seindahnya ini. Semoga laman blog ini sedikit sebanyak akan memberi manfaat kepada pengunjung khasnya warga SMKE7 dalam usaha membudayakan penggunaan ICT serta membantu kearah kecemerlangan dan kegemilangan SMKE7.
Paparan terkini adalah berkaitan beberapa aktiviti di sekolah. Blog ini juga menumpukan kepada aktiviti perbincangan, perkongsian dan percambahan ilmu dalam P & P berkesan terutamanya P & P berbantukan ICT. InsyaAllah banyak bahan akan diupload mengikut kesesuaian masa.
Anda boleh juga menghantar sebarang artikel yang berfaedah untuk semua melalui email berikut: zulkurnain@smkevii.edu.my Sebarang berita terkini yang ringkas, anda boleh masukkan di ruangan Shoutbox Pro yang disediakan.
Anda juga boleh meninggalkan jejak anda di ANJUNG BICARA!
Terima kasih.
Penyelaras Web
- Zulbestari-
"....Apabila bercakap tentang kecemerlangan guru dan profesion keguruan, fokus perlu diberikan kepada lima perkara utama yang menjadi asas kejayaan dan kewibawaan seseorang guru. Ia adalah kekuatan intelek, kepimpinan berwibawa, kemurnian akhlak,
kesediaan untuk berubah serta minat dan cinta terhadap profesionnya. Setiap fokus ini saling berkait, melengkapi serta bergerak serentak dan beriringan. Hayatilah dan amalkan lima perkara tersebut agar kita sama-sama dapat memartabatkan profesion keguruan ini" - Petikan Perutusan Hari Guru Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
| Hot Potatoes |
| Monday, February 21, 2011 |
Tahukah anda mengenai "Hot Potatoes".
"Hot Potatoes" ialah sejenis perisian yang dicipta untuk membina bahan pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan efektif. Perisian ini menyediakan beberapa perisian khusus untuk membina bahan seperti di bawah :
a. JCROSS - Latihan Teka Silang kata b. JCLOZE - latihan isi tempat kosong c. JQUIZ - Latihan Soalan Aneka Pilihan d. JMIX - Latihan Menyusun Ayat e. JMATCH - Latihan Menyusun Ayat
Perisian "HOT POTATOES" boleh download sendiri di DOWNLOAD POTATOES Di sini juga saya akan sertakan panduan langkah-langkah penggunaan "Hot Potatoes"
Sebenarnya banyak dalam kalangan kita yang sudah tahu mengenai "Hot Potatoes" tetapi jarang mengaplikasikan penggunaannya di sekolah. Cikgu-cikgu sekalian boleh mencuba. Kita akan berasa puas kerana berjaya mencipta bahan P&P sendiri yang banyak manfaatnya. Pelajar-pelajar juga boleh membina latihan ulangkaji sendiri menggunakan perisian ini.
Contoh Penggunaan JQUIZ: KUIZ MATEMATIK |
posted by Cikgu Zulbestari @ Monday, February 21, 2011  |
|
|
|
|
| PENYELARAS |
|

CIKGU ZULKURNAIN @ Cikgu Zulbestari
TAIPING PERAK Malaysia
GURU Zulbestari 2011
See my complete profile
|
| SENARAI ARTIKEL |
|
| REKOD PENGHANTARAN |
- Dec 8, 2008
- Dec 27, 2008
- Dec 29, 2008
- Feb 15, 2011
- Feb 20, 2011
- Feb 21, 2011
- Feb 26, 2011
- Feb 27, 2011
- Mar 1, 2011
- Mar 7, 2011
- Mar 18, 2011
|
| WEB SEKOLAH |
|
|
| LINK SURAT KHABAR ANDA |
|
|
| LINK INFO PENDIDIKAN |
Kementerian Pelajaran
Jabatan Pelajaran Perak
PPD LMS
Top School Web
Edu Web TV
Pemikiran Pendidik
Majlis Guru Cemerlang
|
| LINK SEMAKAN ONLINE |
|
|
| Ditaja oleh |
| PICASA WEB ALBUM
| |