SMKE7 SMART TEAM

LET’S WORK TOGETHER TO ACHIEVE EXCELLENCE

 
MASA ITU EMAS


ANJUNG BICARA

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Bersama Kita Menuju Kecemerlangan.

Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik

NOSTALGIA GALERI

BESTARI
BIL HIT
hit counter

SELAMAT DATANG diucapkan kepada semua pengunjung SMKE7 Smart Team Online. Bersyukur kehadrat Allah swt, melalui usaha pembelajaran kendiri tanpa berguru, secara kaedah cuba jaya, saya telah dapat membina laman blog yang tidak seindahnya ini. Semoga laman blog ini sedikit sebanyak akan memberi manfaat kepada pengunjung khasnya warga SMKE7 dalam usaha membudayakan penggunaan ICT serta membantu kearah kecemerlangan dan kegemilangan SMKE7.

Paparan terkini adalah berkaitan beberapa aktiviti di sekolah. Blog ini juga menumpukan kepada aktiviti perbincangan, perkongsian dan percambahan ilmu dalam P & P berkesan terutamanya P & P berbantukan ICT. InsyaAllah banyak bahan akan diupload mengikut kesesuaian masa. Anda boleh juga menghantar sebarang artikel yang berfaedah untuk semua melalui email berikut: zulkurnain@smkevii.edu.my

Sebarang berita terkini yang ringkas, anda boleh masukkan di ruangan Shoutbox Pro yang disediakan. Anda juga boleh meninggalkan jejak anda di ANJUNG BICARA! Terima kasih. Penyelaras Web - Zulbestari- "....Apabila bercakap tentang kecemerlangan guru dan profesion keguruan, fokus perlu diberikan kepada lima perkara utama yang menjadi asas kejayaan dan kewibawaan seseorang guru. Ia adalah kekuatan intelek, kepimpinan berwibawa, kemurnian akhlak, kesediaan untuk berubah serta minat dan cinta terhadap profesionnya. Setiap fokus ini saling berkait, melengkapi serta bergerak serentak dan beriringan. Hayatilah dan amalkan lima perkara tersebut agar kita sama-sama dapat memartabatkan profesion keguruan ini" - Petikan Perutusan Hari Guru Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
LET’S WORK TOGETHER TO ACHIEVE EXCELLENCE
7 tips memastikan anak cemerlang di sekolah
Tuesday, February 15, 2011

Baiklah kali ini saya akan menulis tentang tips-tips untuk memastikan anak-anak cemerlang sewaktu di sekolah. Sudah tentu anda semua mahukan anak-anak anda cemerlang.

Baca dan fahami betul-betul apakah tips-tips tersebut :

i) Pengurusan Masa :

Kenapa ?. Ya dengan membuat jadual waktu anak anda, adalah satu perkara terpenting bagi memastikan sistem pembelajarannya teratur dan sistematik. Terutama jadual waktu dirumah untuk anak anda membuat kerja-kerja sekolah yang diberi oleh gurunya. Dengan adanya jadual waktu kerja-kerja anak anda akan siap pada waktunya!

Bagaimana ?. Anda perlulah menyediakan rutin harian yang konsisten untuk anak anda ikuti sekembalinya mereka dari sekolah. Kebiasaannya mereka memang letih dan memerlukan masa untuk rehat. Justeru di dalam jadual itu juga jangan lupa selitkan ruang masa untuk mereka beriadah selepas menikmati minum petang atau selepas kembali dari kelas tuisyen atau kelas agama. Jangan lupa selitkan jadual untuk anak anda membuat kerja-kerja sekolahnya!

Jangan lupa pantau dan monitor perkembangan pembelajarannya dari masa ke semasa.

ii) ‘Get Organized’ :

Kenapa ?. Ya, bagi kebanyakkan pelajar, masalah-masalah di sekolah adalah di sebabkan oleh tidak dapat membuat persedian masa dengan betul. Mereka bermasalah di sekolah bukannya disebabkan mereka tidak cerdik atau kurang bijak. Tetapi disebabkan gagal menguruskan masa dengan baik.

Bagaimana ?. Sediakan ‘checklist’ untuk setiap keperluan anak anda yang perlu dibawa ke sekolah dan apa yang perlu dibawa pulang dari sekolah, setiap hari. Letakkan satu salinan di depan pintu atau di peti sejuk atau di mana juga yang anda rasa sesuai dan menjadi tatapan anda setiap masa. Juga, letakkan satu salinan di dalam folder atau beg sekolah anak anda!.

iii) Pilih prioriti/keutamaan :

Kenapa ?. Kadang-kadang anak-anak gagal menyiapkan kerja-kerja latihan dan tidak tahu yang mana satu harus dimulakan.

Bagaimana ?. Oleh itu, ajar anak anda untuk memberikan keutamaan kepada hal-hal yang penting. Contohnya adakah subjek-subjek utama yang perlu disiapkan dan di hantar esok harinya, atau mungkin adakah subjek-subjek tertentu yang mungkin akan di adakan ujian dan sebagainya. Senaraikan semua perkara yang harus dilakukan termasuk extra-curricullum di sekolah. Susun kesemuanya ikut keutamaan.

iv) Fokus :

Kenapa ?. Gangguan akan menyebabkan anak anda mudah hilang konsentrasi dan mengambil masa yang lama untuk menyiapkan sesuatu latihan. Ini menjadikan semua masalah timbul sebagai contoh kerja latihan yang mudah mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Letih dan mula rasa bosan.

Bagaimana ?. Sediakan ruang belajar yang selesa untuk anak anda mengulangkaji pelajaran dan pastikan smeua peralatan alatulis tersedia berhampiran!

v) Motivasi :

Kenapa ?. Kebanyakkan anak-anak berkata akan melakukan yang terbaik di sekolah. Namun, masih ramai juga yang gagal untuk mencapai keputusan yang cemerlang.

Bagaimana ?. Sebagai ibuabapa cuba peratikan dan nilai apakah kebolehan anak anda ?. Sambut dan raikanlah kejayaan atau pencapaian anak anda tidak kira ianya besar atau kecil. Contohnya : mungkin hari itu dia dapat menjawab soalan mudah di sekolah dan menjadi pertama yang memberi jawapan betul, apa salahnya anda menghadiahkannya sebuah buku atau pen atau sekadar sekeping ’stiker’!.

vi) Luangkan masa untuk riadah :

Kenapa ? Anak-anak yang terlalu aktid biasanya sukar untuk menumpukan kepada pelajaran.

Bagaimana ?. Selepas sekolah, beri peluang anak anada untuk berehat, mendengar musik, menontong TV, menikmati minum petang sebelum anda mengajaknya membuat latihan kerja sekolah.

vii) Ambil berat :

Kenapa ?. Tindakan mengambil berat mengenai pelajaran anak-anak anda adalah suatu perkara yang sangat penting dan terbaik di dalam memastikan anak anada mempunyai sikap yang baik di sekolah dan dapat mengelakkan sikap-sikap yang negatif.

Bagaimana ?. Selalulah bertemu dan berbincang dengan guru-guru anak anda tentang perkembangan atau juga permasalah yang ada dengan mereka.

posted by Cikgu Zulbestari @ Tuesday, February 15, 2011  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
PENYELARAS

CIKGU ZULKURNAIN @ Cikgu Zulbestari
TAIPING PERAK Malaysia
GURU Zulbestari 2011
See my complete profile
SENARAI ARTIKEL
REKOD PENGHANTARAN
WEB SEKOLAH
LINK SURAT KHABAR ANDA
LINK INFO PENDIDIKAN
  • Kementerian Pelajaran
  • Jabatan Pelajaran Perak
  • PPD LMS
  • Top School Web
  • Edu Web TV
  • Pemikiran Pendidik
  • Majlis Guru Cemerlang
  • Free Ranking For Malaysian School's Sites
    LINK SEMAKAN ONLINE
    Ditaja oleh
    PICASA WEB ALBUM
    TAHUN HIJRAH

    WEB ILMU
  • ALQURAN DAN TERJEMAHAN
  • KELAS CIKGUZUL
  • Bestari@SMKE7
  • Sistem Pengurusan Pembelajaran
  • Laman Cikgu.net
  • Laman Tutorial Moodle,HTML&PHP
  • Perkongsian P&P
  • Perisian Matematik Form2
  • Perisian Matematik Form3
  • Laman Interaktif Masjid Siber
  • Forum Mari Belajar
  • Laman Cikguzul.com
  • Blog Guru Malaysia
  • Mathematics World
  • PORTAL MINDA
  • SERIBU WARNA PELANGI...
  • INTAN ZAHARAH
  • Tutorial Blog
  • Soal-Jawab Solat
  • Powered by

    Laman web Program MINDA
    BLOGGER

    Hyperlink
    © 2011 SMKE7 SMART TEAM INI ADALAH BUKAN LAMAN WEB RASMI SEKOLAH. IA ADALAH SEKADAR BLOG CIKGU ZULBESTARI BERSAMA TEAMNYA DALAM USAHA MEMBANTU PIHAK SEKOLAH MENYALURKAN MAKLUMAT BERKAITAN SEKOLAH DENGAN SEGERA.