Selamat datang ke SMKE7 Smart Team Online!
Bersyukur saya kehadrat ‘ Allah SWT ’, saya dapat melancarkan satu laman web bertajuk ‘ SMKE7 Smart Team ’ Online. Yang pentingnya dengan kewujudan blog ini, saya berharap setiap cikgu di Malaysia dapat belajar serba sedikit pengetahuan IT mengenai ‘Blog’. Disinilah tapaknya cikgu boleh berkomunikasi sesama cikgu atau dengan murid-murid yang juga berminat dalam membuat ‘Blog’. Tujuan utama ‘Blog’ ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan cikgu dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif. Saya sebagai seorang guru di Malaysia juga ingin melihat bahawa kita sebagai pendidik dapat mengejar ilmu yang serba canggih ini di samping menaikkan taraf kita sebagai seorang guru di mata dunia.
Sekian Terima Kasih.
Cikgu Zulbestari
SMK King Edward VII


|